Wednesday, 12 November 2014

' Tempat Belajar '

Hidup ini adalah 'tempat belajar'

Belajar menjadi 'seseorang' sebelum menjadi 'seseorang'.

Belajar menjadi anak yang baik,
Sebelum menjadi hamba yang baik.
Belajar menjadi kakak yang baik,
Sebelum menjadi isteri yang baik.
Belajar menjadi abang yang baik
Sebelum menjadi suami yang baik.

Belajar Belajar Belajar
Sehingga wisel penamat ditiup
Dan kau akan pergi selamanya.
Hidup ini indah jika kau tahu tujuan
'Untuk apa belajar'

Jika erti belajar bagi kau semata-mata
' GRED A '
' PNGK '
' KENAIKAN GAJI '
' KENAIKAN PANGKAT '

Maka kau sebenarnya masih zero
Belum belajar apa-apa !


Monday, 10 November 2014

FinalExam is over !



Hai ! Lame betol tak buke blog . huhu 

Im busy study for final exam . Ni dah habis .. markah baru dpt skit . tinggal lagi 2 subjek.Alhamdulillah, i've pass my exam with flying colours ^_^ 
Cute kan kitty ni ?? koh koh .




" Faiza azamta" Faiza azamta fatawakkal tu alallah "

maksudnya : Jika kamu sudah berazam, maka berserah/bertawakkal lah kpd Allah . ^^ 
Jawab lah dgn jujur . Pikul amanah yg ibu ayh suruh . Usaha dan terus usaha , berjuang dan terus berjuang hingga kamu mendapat hasilnya ..







Friday, 13 June 2014

FIFA World Cup Brasil 2014


Hey ! Memandangkan sekarang musim Piala Dunia , Chef sokong Brasil !
Sebab ada Neymar JR dan Oscar . Smalam Chef bangun pukul 4.50 pg untuk sahur .Ibu chef yg kejutkan . So , mommyku tolong turn on the television . :)

Syok ! Paling mengkagumkan chef , Neymar berjaya menjaringkan goal pertama pada minit ke 28 dan sekaligus menjaringkan gol ke-2 pada minit ke-77 (taksilap) apabilamenerima penalty kick . Bukan itu je , Oscar pun sempat menjaringkan gol ke-3pada last minit 91 . Then , addition time for 4 minutes .  

Haa . tHats Neymar :) . 

Paling mempoyokan , Marcelo menjaringkan gol sendiri pada minit ke 10 (doksilap) apa2pun ,
keputusan smua skali , BRASIL - 3 1 - CROTIA . ALhamdulillah ! ^_^


Thursday, 12 June 2014

Today's Story , Today's Feeling

Assalamualaikum , ummm cak ! Pejam celik , pejam celik , cuti
penggal ke-2 dah nak abis ! Huhu . Im not enough to spend my time with my beloved familyin Temerloh . Harini chef baru balik dari kampung chef. Macam2 feeling ada mase nak berpisah 
dengan keluarga di kampung halaman :'( 

\

Bertolak dalam pukul 8.30 dan selamat sampai pukul 2 petang , alhadulillah !
Malas chef nak balik mcm kucing dalam gambar kat atas tu . Huhu ..
Ape2 pun , malam ni Malam Nisfu Sya'ban . Org yg berdoa pd malam nisfu sya'ban , doanya
akan dimakbul , insha ALLAH . Kalau tak di dunia , di akhirat sanayedak ? :)K , nak siap2 untuk solat maghrib .


                                                                                                   








Wednesday, 4 June 2014

DIA atau dia ?


  Assalamualaikum . Haa . Harini , mula berstatus 'Chef' . Hihi *angan2 je ni .

Baik . Chef nak kupaskan soal , SIAPA Tempat pertama yang kau
mengadu , DIA atau dia ? DIA disini bermaksud ALLAH dan dia pula  
bermaksud makhluk . Mesti korang pernah alami kan ? Sedih , duka , pastu 
cerita dekat kwn baik . 

Ye , betul . Sahabat baik mmg perlu kongsi suka dan duka bersama .
Tapi , selagi kau boleh pendam , pendamlah . Jangan biarkan pendam kamu
berubah menjadi DENDAM . :) Bukankah ALLAH sebaik-baik tempat untuk 
kita mengadu ? Tapi chef sendiri kadang2 call kwn , then kongsi kisah sedih sama2 .

Tapi , Chef nak pesan ,
Nak story dekat kwn tu perlu hati2 . Biarlah sahabat awak tu 
pandai memberi semangat , boleh dipercayai . Alhamdulillah !Chef 
bersyukur sbb ada kwn yg sebegitu . Walaupun jarak memisahkan kami ,
nama dia akan selalu terselit dalam doa chef . :) 

Ni nak share quote chef untuk korang ^_^




Saturday, 24 May 2014

Oh Cik PandA !

Assalamualaikum wbt .. Lama tak jenguk blog ni . Almaklumlah masih berstatus budak
sekolah kan .. hehe . Seperti  yg kita tahu , isu Panda dah jadi hangat di seluruh negara!
Papa najib duk kata rakyat suka bela panda , bla,bla,bla . 



Apa-apapun , bagi wani , panda ni comel ! 

oKEY , sampai sini dulu for our topic . Nak create new entry ! :)

Thursday, 13 March 2014

KETaat@n ^_^



Seorang isteri perlu taat kepada seorang suami . 

Tapi...
1000 anak lelaki perlu taat kepada seorang ibu. 

p/s: Hehe... Comel kan?

# Salam sayyidul ayyam semua . Moga dalam kedaan 
sihat2 belaka . :)

-Syazwani Khudzir-
                                  

CINTA HIGH CLASS ^_^


 
Apa itu cinta high class?

-Cinta yang mendaulatkan Allah no. 1. (hormat walinya)
-Cinta yang hanya kerana Allah yang Esa.
-Cinta yang diikuti dengan mujahadah melawan nafsu.

Biasa VS High Class

Nikah sebab terlanjur VS nikah sebab agama?
Nikah sebab sayang si dia VS nikah sebab sayang pada pencipta si dia?

Sheikh Yusof Al-Qardawi berkata, pernikahan yang baik adalah pernikahan yang tiada halangan dari;

  • Kedua-dua pihak.
  • Keluarga.
  • Adat (yang tidak bertentangan dengan syarak)
  • Undang-undang.

'Macam mana nak tahu dia jodoh kita ke tak?'

Couple - trial and error.

Kata mereka, perlu couple ni sebab nak tahu siapa yang layak jadik suami/isteri. Kata ustazah,

'Nak tahu dia adalah jodoh kita atau tak, lihat bagaimana cara dia menawarkan cintanya. Kalau caranya membawa murka Allah, jangan bersedih kehilangan dia.'

Sangat penting untuk kita kenal pasangan kita sebelum nikah. Tapi, bagaimana caranya?

Haa, hantarlah spy. Hehs. Tanya sahabat yang rapat dengannya bagaimana 'dia'. Kalau perlu, stalk FB dia.  Tengok dia jaga ikhtilat ke tak. -.- Tapi hanya selepas dia melamar dengan cara yang dicintai Allah. Dan, yang paling penting, istikharah.

Cabaran dalam rumah tangga.

Bila dah berumah-tangga, masalah pasti ada. Di saat itu, kita kena ingat satu benda. Kalau belum kahwin, tanamkan dalam diri kita mulai dari sekarang. Kita kena ingat, kita kahwin dengan manusia. Bukan robot, bukan nabi yang sempurna sifatnya. Manusia itu sifatnya ada masa dia kuat, ada masa dia lemah. Sebab tu sebagai pasangan, kita kenalah bersabar, dan support pasangan kita.

Kesimpulan

Cinta bukan couple! Cinta itu fitrah, couple itu fitnah. Mengapa perlu dikotorkan fitrah dengan fitnah?

'Jangan hitung berapa kali seseorang mengecewakan dan meninggalkan kamu. Tapi hitunglah berapa kali kamu mengecewakan Allah sedang Dia tak pernah sekalipun meninggalkan kamu.'

Syazwani Khudzir 13/3/14



Thursday, 6 March 2014

Salam Sayyidul Ayyam


Jika seorang lelaki berkata kepada kita :
“Saya perlukan masa 3 minggu untuk tentukan siapa 
insan yang menjadi umie kepada zuriatku, 
diantara awak dan seorang lagi wanita”.

Maka balaslah ,
“Tak mengapa, aku undur diri, sebab seorang lelaki yang
ikhlas menjadikan seorang wanita sebagai isteri
dia tak punya waktu untuk memikirkan yang lain
dan akan berusaha untuk mendapatkan
bidadari yang tepat”. 

Jangan riak dgn amalan


Baru berqiamullail semalam dua, sudah berbangga.

Baru berjaya menahan nafsu hati, sudah terasa diri soleh solehah.

Baru menderma seringgit dua, sudah terasa diri pemurah.

Baru belajar berdakwah, sudah terasa diri sempurna.

Baru bertudung labuh, sudah terasa aku wanita idaman semua.

Jangan ujub.
Jangan riak.
Orang lain mungkin lihat kita sempurna.
Keikhlasan hati hanya
Allah yang menilainya :')

Monday, 3 March 2014

Wanita Zaman Dulu vs. Skarang

Wanita solehah zaman dahulu selamat
Duduk diam di rumah

Wanita solehah zaman sekarang tak selamat
Hatta 24 jam di rumah tetap datang fitnah
Upload ini, Upload itu. 
Ala, Moden katanya.

Bila ditegur, "Ala, bukannya face to face"
Yes, bukan face to face but eye to eye.

Kalaulah kalian tahu betapa bahayanya mata lelaki
Pandangannya
Fikirannya
Keinginannya
Imaginasinya
Nafsunya

Sungguh !

Sunday, 2 March 2014

Happy befday to me :D


Assalamualaikum readers ! Alhamdulillah , hari ni hari lahir
sy yg ke 13thn . Sy hanya meminta doa drp kalian ..
Itu sudah cukup bagi sy . Sanah Hilwah untuk 
diri sy , hehe . K , i wanna sleep ! 
Wassalamualaikum ^_^

# Sincerly , Mawar Ber'thorn'

Friday, 28 February 2014

Solat Taubat :)



Ukhti, macam mana nak buat Solat Sunat Taubat? Bantu saya.

Solat ja macam biasa.
- Niat : "Sahaja aku solat sunat taubat 2 Rakaat kerana Allah Taa'la.."
- Rakaat pertama : Al-Fatihah dan Al-Kaafirun
- Rakaat kedua : Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
- Masa sujud akhir tu baca Tasbih, "Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzholimin", 40 kali.
- Then dah selesai bagi Salam, Istighfar sebanyak mungkin.

Moga Allah terima Taubat kita.

Konsep Taqdir. . :)

Kenapa adanya konsep taqdir ?

Supaya kita tidak terlalu sedih bila kehilangan.
Tidak juga gembira melampau tatkala keriangan.

Cool.
Semuanya dari Allah.

Kita sedang salah faham tentang taqdir apabila kita menganggap perlunya berhenti berusaha dan berdoa.

Usaha yang terbaik.
Doa paling maksimum.
Jom.

~ Ustazah Fatimah Syarha ~

ALLAHUAKBAR ! :)

Orang yang baca al-quran tak lancar pun kalau hari-hari dia baca insyaALLAH boleh lancar. 

Sincerly , Mawar Ber'thorn'

mUhasAbah. .


"Kadang kala dalam sesetengah perkara, perlunya kita untuk ' berhati kering'. Jangan peduli kata orang, pekakkan telinga, kuatkan hati."

Mahu berubah lebih baik kan.
Tabahlah!

Allah hitung walau sekecil semut
Punya ganjaran nanti.
J A N N A H . . 

Sincerly Mawar Ber'thorn' :)

Senyuman BAGINDA :')

Apabila baginda Rasulullah SAW tersenyum,
Maka senyumannya bagaikan mutiara embun
Tutur katanya bagaikan mutiara berjatuhan
Jika baginda berkata-kata, bagaikan minyak kasturi keluar dari mulutnya. 
Apabila baginda duduk di majlis ilmu, ruang tersebut akan berbau harum

Maka yang terindah selalu mengingatkan aku kepadamu ya Rasulullah. .
Subhanallah

Allah humma solli ala sai'yidina Muhammad wa ala ali Muhammad 

Mujahidah. .

Assalamualaikum wa salam sayyidul ayyam 
muslimin wa muslimat. .  Sy nak kongsi satu 
kata2 ustazah kegemaran sy . USTAZAH FATIMAH SYARHA.
Hehe :D

" Mujahadah itu sakit , melaluinya sangat perit krn di hujungnya ada 
'sakinah' berbukit-bukit"

#Aku Ada Wali .

Sincerly ,
Mawar Ber'thorn'


Tahukah kamu ?

Empat kalimah yg disukai Allah:

Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar

Baca 33x setiap satu sejurus selesai solat.

SALAM ASAR

Wednesday, 26 February 2014

Moga ALLAH bantu , redha




Saat mula-mula sibuk nak pakai stokin
Saat mula-mula belajar nak pakai handsocks

Saat mula-mula nak pakai tudung labuh sikit
Saat mula-mula nak longgarkan baju.

Mesti akan ada yang pelik.
Mesti ada yang kata, “alimnya”.
Mesti ada yang hairan.

Sabar. Dan bertahanlah.
Semua akan tenang dan indah ^^

Sunday, 23 February 2014

Perkongsian bersama :)



Kalau nak tengok iman kita kuat atau tidak kuat senang je . 

Tengok cara kita bangun subuh . 

Lebih cintakan sejadah atau selimut .  

                                         # Allahumma solli Ala Muhammad . Selamat malam 

Friday, 21 February 2014

Salam Sayyidul Ayyam ^_^


Biar kita berpenat di sini
Biar kita berpeluh di sini

Rumah kita,
Kampung kita,
Kebun kita,
Bukan di sini.

Rumah kita,
Kampung kita,
Kebun kita,
Di negeri akhirat.

Dari lorong ke lorong,
Dari simpang ke simpang,
Dari Rumah ke Rumah,
Dari pintu ke pintu,
Dari hati ke hati.

Aku, Kau, Dia, Mereka, Kita
D AT A N G U N T U K P E R G I

Allah humma solli ala sai'yidina muhammad wa ala ali muhammad
Al-Kahfi Yaa !
Salam Saiyidul Ayyam